Sabtu, 4 Julai 2015

Islam Agama Yang Benar

Hakikat Agama Islam 

Islam merupakan risalah terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada utusan Nya Nabi Muhammad bin Abdullah SAW, Ianya diturunkan oleh Allah yang Maha mengetahui akan segala perkara , Ia mengetahui akan perkara ghaib, perkara-perkara yang pernah berlaku, perkara-perkara yang sedang berlaku dan perkara-perkara yang akan berlaku, pengetahuan allah itu meliputi segala perkara. Oleh itu Allah lah yang paling tahu cara yang terbaik untuk manusia, Dia lah yang paling tahu kelemahan manusia. oleh itu, risalah ini merupakan sebuah risalah yang lengkap dan tiada kekurangan pada nya , islam merupakan sebuah agama yang syumul yang mencakupi seluruh aspek dalam kehidupan bermula daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara . Risalah ini diturunkan kepada seluruh ummat manusia dan seluruh bangsa tidak kira zaman dan tempat , bila dan dimana,. dan ianya juga sebagai rahmat sekalian alam .

Kedudukan Islam adalah kedudukan yang tertinggi ,kerana ianya adalah suatu kebenaran , dan kebenaran itu akan sentiada berada diatas serta kebatilan pula sentiasa berada dibawah, oleh itu tiada agama lain yang lebih tinggi kedudukan nya  daripada islam , Agama Islam tidak sama seperti agama yang lain , dimana agama-agama yang lain menganggap bahawa agama itu hanya menekankan soal-soal kerohanian dan spritual semata-mata , akan tetapi Islam merupakan cara hidup , bah kan segala perkara yang dianjur kan oleh islam sentiasa menepati fitrah manusia yang inginkan kebaikan serta keadilan .

Islam adalah sebuah agama yang paling adil , dimana keadilan yang ditegakkan adalah keadilan yang hakiki, keadilan yang sebenar ,dan ianya bukan berdasarkan keseramataan dan hawa nafsu yang tercela. akan tetapi keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberikan hak kepada yang berhak serta menjaga maslahah seluruh mausia. Islam merupakan agama yang hebat, keunggulan dan kemulian terletak pada nya dan kedudukan yang layak baginya adalah yang kedudukan yang tertinggi dan yang teratas.oleh itu  keadilan yang sebenar adalah bilamana islam itu berada dipuncak dunia dan memerintah alam ini mengikut undang-undang nya serta segala urusan berlandaskan syariat islam .

Islam adalah agama yang membawa rahmat keseluruh alam , rahmat yang dibawa oleh islam itu adalah menjadikan manusia itu benar-benar taat kepada perintah allah dan meninggalkan larangan Nya. Rahmat yang dibawa oleh islam itu akan membawa manusia kepada perhambaan yang sebenar . menjadi hamba kepada tuhan sekalian alam,tuhan yang menciptakan langit dan bumi,tuhan yang menjadikan malam dan siang, tuhan yang mengidupkan dan mematikan,  Ia adalah (ALLAH Taala) yang Maha berkuasa . Bila mana mereka ini meyakini akan dua kalimah "Lailahaillallah Muhammadurrasulullah", maka disitu manusia berada didalam rahmat Allah Taala.



Islam adalah sebuah agama benar, hal ini menepati fittrah manusia , dimana manusia itu secara fitrahnya inginkan kebenaran demi mencapai kebahagiaan yang hakiki ,mengikut akal yang logi sudah pasti mereka akan mengambil islam sebagai cara hidup mereka, kerana segala permasalahan dan kejahatan yang berlaku dibumi ini tidak akan pernah selesai melaikan dengan mengikut petunjuk islam,  oleh itu Islam lah jalan penyelesaian kepada semua permasalahan.

Apabila risalah Islam ini telah sampai kepada kita dengan jelas dan nyata , maka pilihan berada ditangan kita. Bagi mereka yang jujur pada dirinya yang ingin mencari kebanaran pasti akan menerimanya ,maka beruntung lah bagi mereka yang akan mengikut petunjuk  (islam). Adapun bagi mereka yang degil dan keras kepala dan mempunyai ego yang tinggi sudah pasti enggan dan menolak kebenaran risalah ini. pasti mereka merasakan diri mereka adalah yang paling benar .


Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kemenangan akan berpihak kepada islam , walaupun pada saat ini masih ramai ummat islam di atas muka bumi ini ditindas , sesungguhnya keadaan itu hanya sementara , ianya diumpama seperti gerhana matahari , kita menyangkakan bahawa cahaya matahari yang terang menyinari bumi ini hilang, kita menyangka ianya akan terus hilang dan tidakkan kembali bercahaya , namun keadaan tersebut hanyalah sementara , ianya akan kembali terang semula sesudah tamat gerhana tersebut. Oleh itu cahaya islam pasti akan kembali semula . sesungguhnya waktunya amat dekat.

Projek-projek pembangunan islam kini giat dijalankan . misi mengejar janji Allah itu sedang di laksanakan, ketetapan Allah itu tidak akan pernah berubah , oleh itu kita tak diperlukan kanpun untuk menjayakan projek dan misi ini , tanpa kita , Islam tetap akan menang kerana ianya adalah suatu ketetapkan daripada allah, namun bagi mereka yang benar-benar ikhlas yang ingin kan kejayaan didunia dan diakhirat pasti akan berjuang bersama-sama , menjadi penolong -penolong allah , dan mereka yang bersama-sama menjayakan misi tersebut , dan bukan nya mereka yang melihat kemenangan tersebut tanpa membantu sedikit pun.

termasuk didalam misi tersebut adalah menegakkan semula agama islam di atas muka bumi ini , menegakkan semula undang-undang Allah Taala di muka bumi ini dan meruntuhkan segala sistem jahiliah . Perkara ini hanya difahami bagi mereka yang benar-benar menyerahkan diri demi menjayakan projrk ini. dan merekalah orang yang paling faham akan kepentingan dakwah dan tarbiah.


Selagi nyawa masih di kandung badan, selagi hayat masih ada , selagi ajal belum tiba , masih belum terlambat untuk membetulkan jalan , pilih lah jalan ini  jalan yang lurus , jalan yang menjanjikan kejayaan didunia dan di akhirat , jalan menuju kepada Allah Taala. Agama islamadalah agama yang benar, dan Islam lah yang mampu memahamkan kepada kita semua erti hakikat kehidupan yang sebenar.

Pilih la!! sesungguhnya kamu yang menentukan masadepan kemu , dan allah akan membalas atas segala perbuatan kamu .






Selasa, 10 Mac 2015



Bismillahirrahmanirrahim

Cukupla lah bagi kamu dua penasihat yang mampu mengetuk hati-hati kamu , dan mampu menjagamu daripada terus lalai dan terus lalai.

Penasihat pertama adalah al-quran yang sentiasa berbicara kepada manusia dan menyingkapkan segala rahsia dan hakikat-hakikat, yang mana ianya tidak mampu diketahui  melaikan melalui wahyu allah Taala

Dan penasihat kedua pula adalah kematian , ianya sentiasa diam, senyap dan membisu, sehingga kita tidak mampu mengetahui bilakah ianya bakal tiba dan datang menjemput kita. Sehingga kita terus lalai dialam dunia yang sementara kerana tidak ambil nasihat dan pengajaran daripadanya.

(قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ)
 Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". [Surat Al-Jumu'ah 8]

Kenapa kita mampu bersiap menyediakan bekalan sebelum kita bermusafir ? kenapa kita mampu bersiap dan berpakaian kemas bila kita mahu berjumpa seorang raja ? Namun kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk menempuh perjalanan yang amat jauh di akhirat kelak, dimana satu hari disana menyamai seribu tahun disini .
Dan kita juga tidak pernah mempersiapkan diri untuk bertemu dengan rasa segala raja . Yang mana dialah yang paling patut untuk kita hormati, segani, dan takuti.

Oleh itu persiapkan diri mu untuk menghadapi hari yang panjang. Jangan bertangguh dalam beramal , jangan bertangguh dalam bertaubat , semat kan dihati didalam setiap ibadah bahawa ibadah tersebut adalah ibadah yang terakhir .

Kalau lah seseorang itu di beri tahu oleh doktor bahawa esok ia bakal mati , sudah tentu ia sanggup meninggalkan segala perkara yang tidak dapat memberi manfaat untuk kematianya , dia akan terus beribadah dan beramal soleh tanpa putus. Begitulah sepatutnya yang patut kita rasai tatkala kita melaksanakan suatu amal .

Kerana Allah Taalah telah memberitahu kepada kita bila mana datangnya saat kematian kita , tidak akan dilambat kan walau sesaat .

Semoga ianya mampu memberi suntikan kepada hati-hati yang sedang lalai .

Waallahutaala a'lamu bissowab
Selamat berjuang sahabat ku.

https://t.me/pejuang_dakwah